Tuesday, February 28, 2012

Istikharah.

Ya Allah, please put my heart at ease and bless me with Your utmost guidance so I could make the right and best decision without regretting it later in the future.

Ya Rabbi, aku berserah kepada ketentuanmu. Jika benar itu yang terbaik untukku, bukakanlah pintu hatiku untuk membuat keputusan dan menerima takdirmu dengan seadanya, ya Allah. Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang sudah tertulis untukku di Luh Mahfuz.

--------------


Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:

Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:

"Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).

Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya."

Monday, February 13, 2012

Setulusnya.

Mukhayyam PeMaCU 2012 @ Pasir Panjang.

My 1st mukhayyam. 2 hari 2 malam that changed my life, for the better, insyaAllah.

Suddenly terasa sangat berat bahu nak memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Mampu ke? InsyaAllah if niat betul, mesti boleh punya.

Bantulah kami, ya Allah.

Suatu pengalaman yang priceless. Juga suatu pengorbanan that left people speechless and in tears, walaupun agak terpaksa pada mulanya tetapi kemudiannya insyaAllah redha dan ikhlas lillahi ta'ala.

Jihad yang terbesar sekarang adalah diri sendiri. Istiqamah. And to improve lagi.

InsyaAllah.



EdCoustic - Aku Ingin MencintaiMu.

Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin kerna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan
Berulang kali
Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya
Aku dihadapanMU
Aku ingin mencintaiMU
Setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU
Selamanya
Sehina apapun diriku
Ku berharap
Untuk bertemu dengan-MU
Ya Rabbi

P/s: 500++ past posts of this blog have been saved in draft for editing purposes (somewhere in near future, if I have time to do so).

Ain: I have no other blog than this :) xx